Skip to main content

KERAJAAN TEMPATAN

JENIS KERAJAAN TEMPATAN

JENIS KERAJAAN TEMPATAN
  •  Dewan Bandaraya / Majlis Bandaraya
    • Kreteria : 
      • Pusat pentadbiran sesebuah negeri
      • Penduduknya melebihi 1 juta orang
      • Hasil pendapatan tahunan melebihi RM20 juta orang
      • Mempunyai pusat perniagaan dan perindustrian
      • Mempunyai pusat pengajian tinggi seperti universiti dan maktab
    • Contoh:
      • DBKL
      • Majlis Bandaraya Ipoh
      • Majlis Bandaraya Johor Bharu
      • Majlis Bandaraya Kuching Selatan
  • Majlis Perbandaran
    • Kreteria : 
      • Pusat pentadbiran sesebuah daerah
      • Jumlah penduduk melebihi 100 000 orang
      • Hasil pendapatan tahunan melebihi RM5 juta
      • Mempunyai pusat pentadbiran yang tersusun dan teratur
      • Kehendak penduduk adalah lebih tertumpu kepada perkhidmatan bandaran berbanding dengan projek-projek prasarana
    • Contoh:
      • Majlis Perbandaran Seremban
      • Majlis Perbandaran Taiping
      • MPPJ
      • Majlis Perbandaran Kota Setar
  • Majlis Daerah
    • Kreteria
      • Sebuah pekan yang biasanya terletak diluar Bandar
      • Jumlah penduduknya kurang daripada 100 000 orang
      • Hasil pendapatan tahunan yang kurang daripada RM5 juta
      • Kemudahan sistem perhubungan biasanya tidak begitu baik
      • Memerlukan lebih banyak projek prasarana berbanding dengan perkhidmatan bandaran
    • Contoh: 
      • Majlis Daerah Tapah
      • Majlis Daerah Sabak Bernam

FUNGSI  KERAJAAN TEMPATAN 

Terdapat dua prinsip utama yang menetapkan fungsi penguasa tempatan iaitu prinsip ultra-vires dan general competence.
Prinsip ultra-vires menetapkan bahawa penguasa tempatan hanya berfungsi mengikut tugas dan tanggungjawab yang ditetapkan oleh undang-undang. Berasaskan prinsip ini, penguasa tempatan di Malaysia berfungsi berpandukan bidang kuasa dan tugas yang disenaraikan  oleh undang-undang.
Prinsip general competence memberi kuasa kepada penguasa tempatan menjalankan sebarang kegiatan dengan syarat penguasa tempatan itu mampu membiayai kegiatan tersebut. Prinsip ini memberi penguasa tempatan kuasa yang agak luas. Pada umumnya, fungsi utama penguasa tempatan di Malaysia adalah seperti berikut:
  1. Mengawal pembangunan tanah  dan bangunan di dalam kawasan pentadbiran masing-masing
  2. Memberikan perkhidmatan sanitari dan pembersihan seperti mengutip sampah, mencuci longkang dan memotong rumput
  3. Mendirikan klinik dan dispensari awam dengan menetapkan bayaran bagi rawatan
  4. Menjaga dan mengawal kesihatan awam
  5. Menyediakan perumahan awam
  6. Membina dan menyenggara kemudahan rekreasi seperti taman awam, padang permainan, kolam renang dan gynamsium
  7. Mengurus pasar dan gerai-gerai
  8. Menyenggara dan membaiki jalan-jalan awam
  9. Membina betung-betung awam


STRUKTUR ORGANISASI KERAJAAN TEMPATAN 

Biasanya mesyuarat Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah diadakan dalam sebulan sekali. Keahlian Kerajaan Tempatan terdiri daripada mereka yang dilantik daripada kalangan:
  1. Ahli-ahli politik
  2. Ketua-ketua jabatan teknikal di peringkat daerah

Sesebuah Kerajaan Tempatan diketuai oleh Datuk Bandar / Yang Dipertua Majlis / Pegawai Daerah. Ahli-ahli Majlis dilantik bagi tempoh 3 tahun oleh Kerajaan Negeri. Keputusan melantik ahli-ahli Majlis semula selepas tamat tempoh tertakluk kepada Kerajaan Negeri.








rujukan :
http://malaysiastudies.yolasite.com/bab-10-kerajaan-tempatan.php

Comments

Popular posts from this blog

GARIS PANDUAN. PENGALIHAN DAN PEMASANGAN SEMULA. KEMUDAHAN UTILITI DALAM PELAKSANAAN PROGRAM DAN PROJEK KERAJAAN

Garis Panduan. Pengalihan Dan Pemasangan Semula. Kemudahan Utiliti Dalam Pelaksanaan Program Dan Projek Kerajaan BIL 2 TAHUN 2010 http://www.icu.gov.my/pdf/gp/gp_pemasangan_utiliti_02.pdf https://drive.google.com/open?id=0B0GqQCBrzlerOS1EUFptcG9MS2s Surat Arahan KPKR bil 5/2011 http://www.icu.gov.my/pdf/pk/pkrp/SAKPKR5%20tahun%202011.pdf https://drive.google.com/open?id=0B0GqQCBrzlerU1EwUzZYVFJmTGc