Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2006

PEMBANGUNAN ISLAM DI MALAYSIA

PENDAHULUAN P embangunan adalah merujuk kepada perubahan daripada satu keadaan kepada satu keadaan yang lebih baik, peningkatan kualiti hidup dan pembaharuan dalam kemajuan hidup. Malaysia sememangnya merupakan sebuah negara Islam yang sedang membangun dan sering mendapat perhatian dunia. Ini tidak lain kerana pembangunan ekonomi dan kestabilan politiknya sekalipun penduduknya terdiri dari pelbagai kaum, bangsa dan agama. Keharuman negara ini terserlah apabila ia berjaya menjadi contoh dalam memajukan Islam dan memperbaiki taraf hidup rakyatnya yang beragama Islam tanpa menyekat kebebasan beragama bagi penganut-penganut agama lain dan tanpa menindas mana-mana kaum di negara ini. Negara ini sedang berusaha gigih ke arah mengujudkan sebuah masyarakat maju beridentitikan nilai-nilai Islam. Ini berasaskan kepada kesedaran betapa pembangunan fizikal atau material tanpa disertai dengan pembangunan rohani lambat laun akan menjerumuskan negara ke jurang kehancuran lantaran sikap negatif dan

Pengertian Syariah Islam

Undang-Undang Islam Sebagai Peraturan Yang Lengkap Syariah adalah undang-undang tertinggi dalam sistem perundangan Islam. Ianya tidak boleh ditandingi oleh undang-undang ciptaan manusia yang ketara kelemahan dan kekurangannya. Terdapat beberapa ciri yang dimiliki oleh sistem perundangan Islam yang tidak dimiliki oleh sistem perundangan manusia walaupun kedua-duanya mempunyai tujuan yang sama iaitu bagi menyusun masyarakat dan mengatur kehidupan mereka. Ciri-ciri Undang-Undang Islam Syumuliyyah (Universal) Sistem perundangan Islam merangkumi seluruh bidang keperluan manusia. Ia merangkumi hubungan antara manusia dengan manusia dan hubungan antara manusia dengan Tuhan dalam kehidupan di dunia ini. Begitu juga, tuntutan melaksanakan syariah yang diturunkan oleh Allah SWT ke atas sekalian manusia adalah menyeluruh; kepada Muslim dan bukan Muslim, di setiap ceruk tempat dan sepanjang zaman. Hubungan antara individu jelas dalam konteks kekeluargaan seperti tanggungjawab suami ist