Skip to main content

Proses tukar nama tanah


    1. Pergi kemana - mana pejabat tanah di seluruh Semenanjung Malaysia
      1. Perkara yang perlu dibawa bersama
        1. Geran tanah yang hendak di tukar nama
        2. Diri Pemilik tanah semasa
        3. Diri Penerima yang akan menerima tanah (kesemua yang akan menerima jika lebih dari satu orang)
        4. Kad Pengenalan pemberi & penerima (kesemua penerima jika lebih dari satu orang)
        5. Pen hitam dakwat cair (ballpen tidak dibenarkan)
    2. Semasa di pejabat tanah
      1. dapatkan borang 14A
      2. Isikan borang tersebut dengan pen hitam dakwat cair, pejabat tanah Kota Bharu ada jual pen hitam cair tersebut dengan harga RM3 (pada 03/05/2016)
        Pergi ke kaunter semak
      3. jika semuanya OK, beratur untuk jumpa pegawai pemeriksa yang sebenar untuk dicop tarikh dan cop pentadbir tanah yang mana berkenaan
      4. jika semuanya OK, sila ke kaunter untuk mengambil number untuk berjumpa dengan pentadbir tanah
      5. Perlu guna budi bicara jika terdapat pemberi / penerima yang keuzuran untuk memohon pentadbir tanah pergi berjumpa dengan mereka di kereta.
      6. Jumpa pentadbir tanah bila no dipanggil, ini tertakluk kepada keadaan, jika semuanya OK pentadbir tanah akan minta cop jari pemberi dan penerima  pada borang 14A, dan seterusnya beliau akan tanda tangan pada borang 14A tersebut di tempat yang berkenaan (ada 6 tempat mengikut keadaan)
      7. siap bahagian pejabat tanah
    3. bayaran Duti stem
      1. download borang PDS 15 (dalam format PDF)
      2. isi borang tersebut, nak cantik guna Acrobat reader yang terkini, boleh isi borang tersebut
      3. buatkan salinan
        1. Borang 14A
        2. Geran tanah
          kad pengenalan pemberi
        3. kad pengenalan penerima (ke semua jika lebih dari seorang)
        4. surat beranak / sijik kelahiran) - dalam kes pemberian kasih sayang kepada anak untuk mendapatkan potongan dugti stem 50%
        5. Buatkan lima (5) salinan borang PDS 15 tersebut
        6. Pergi ke kaunter LHDN di seluruh negara
        7. Serah borang (kelima - lima sekali) tersebut bersama salinan, dimaklumkan mereka memerlukan 2 (dua) salinan setiap satu, tapi di Cyberjaya hanya memerlukan 1 (satu) salinan saja, untuk selamat sediakan 2 (dua) salinan
        8. dimaklumkan mereka akan menalipon kita dalam tempoh 30 (tiga puluh hari) dari tarikh penerimaan borang tersebut
        9. berdasarkan maklumat semasa nilai duti stem tersebut adalah seperti berikut
          1. nilai tanah RM 100K pertama - 1%
          2. nilai tanah RM 400K berikutnya - 2 %
          3. nilai tanah selebihnya - 3%
          4. contoh perkiraan, ambil contoh nilai tanah adalah RM200K
            1. cukai adalah RM100K pertama - RM1,000.00
            2. cukai RM100K berikutnya - RM2,000.00
            3. jumlah cukai adalah RM3,000.00
            4. jika antara bapa/emak kepada anak ada diskun 50%, jadi RM1,500.00

Comments

Lela said…
tn..bagaimana pula proses tukar nama jika pemilik suda meninggal dunia? beragama islam.
Hurul'ain said…
Jika pemilik meninggal dunia.. pergi buat tuntutan pusaka setahu saya...
Kijoso.com said…
Assalamualaikum tuan...sy nak tanya brape kos keseluruhan untuk tukar nama tanah 1 ekar keluasan
Tyha said…
Salam... Bagaimana jika pemilik tanah tidak dapt hadir ke pejabat tanah?adakah pegawai pjabat tanah boleh datang ke rumah?
Farahin Yusak said…
Salam... sy dh buat urusan pusaka ni sampai dapat surat pentadbir, nt ke pejabat tanah utk tukar nama atas geran masih perlu byr pape ke?

Popular posts from this blog

GARIS PANDUAN. PENGALIHAN DAN PEMASANGAN SEMULA. KEMUDAHAN UTILITI DALAM PELAKSANAAN PROGRAM DAN PROJEK KERAJAAN

Garis Panduan. Pengalihan Dan Pemasangan Semula. Kemudahan Utiliti Dalam Pelaksanaan Program Dan Projek Kerajaan BIL 2 TAHUN 2010 http://www.icu.gov.my/pdf/gp/gp_pemasangan_utiliti_02.pdf https://drive.google.com/open?id=0B0GqQCBrzlerOS1EUFptcG9MS2s Surat Arahan KPKR bil 5/2011 http://www.icu.gov.my/pdf/pk/pkrp/SAKPKR5%20tahun%202011.pdf https://drive.google.com/open?id=0B0GqQCBrzlerU1EwUzZYVFJmTGc